awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC ada pendekatan sendiri tarik undi kaum India - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
04/01/2018
14:35 MYT
MIC ada pendekatan sendiri tarik undi kaum India - Dr Subramaniam
DR SUBRAMANIAM: MIC sentiasa bekerjasama dengan parti berasaskan kaum India yang mesra BN untuk meraih sokongan masyarakat India pada Pilihan Raya Umum Ke-14. - Gambar fail/Astro AWANI
MIC mempunyai pendekatan sendiri bagi mengukuhkan hubungan kerja antara parti itu dengan parti politik berasaskan kaum India lain untuk meningkatkan sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN), kata presidennya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata MIC sentiasa bekerjasama dengan parti berasaskan kaum India yang mesra BN untuk meraih sokongan masyarakat India pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Oleh itu, kami tidak perlu menggunakan pendekatan seperti yang digunakan parti komponen BN pelbagai kaum lain untuk mendapatkan undi kerana anggota mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan terdiri daripada kaum India sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Kembali Ke Sekolah' di Sekolah Tamil Simpang Lima di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Subramaniam berkata demikian apabila ditanya sama ada MIC akan mencontohi pendekatan digunakan MCA dan Gerakan Sabtu ini di Wisma MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dalam menganjurkan perhimpunan bagi menghadapi PRU-14 .Menurut sidang media bersama antara setiausaha agung MCA. Datuk Seri Ong Ka Chuan dan rakan sejawatannya daripada Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, perhimpunan bertajuk 'Stronger Together' (Teguh Bersama) itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan kerja antara dua parti berkenaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Subramaniam juga berkata MIC telah mengemukakan senarai calonnya bagi PRU-14 kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan beliau.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr S Subramaniam
#India
#kaum india
#masyarakat India
#MIC
#parti politik
#pendekatan sendiri
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan