awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat Nasional jemput Bersatu bincang pengagihan kerusi PRU15

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/12/2020
09:00 MYT
Muafakat Nasional jemput Bersatu bincang pengagihan kerusi PRU15
Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam mesyuarat yang diadakan bersama UMNO minggu lepas.
KOTA BHARU:Muafakat Nasional (MN) bersetuju untuk menjemput Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berbincang mengenai pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam mesyuarat yang diadakan bersama UMNO minggu lepas.
"Mesyuarat terakhir yang dibuat pada minggu lepas... yang saya pengerusikan bersama Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO)... kita bersetuju untuk jemput sekali Bersatu berada dalam jawatankuasa pengagihan kerusi supaya perundingan itu melibatkan tiga parti.
"Insya-Allah, peringkat Pas dan UMNO sangat positif (pengagihan kerusi) akan selesai," katanya di sini, hari ini.
Katanya jawatankuasa berkenaan sudah mengadakan mesyuarat beberapa kali sebelum ini tanpa penyertaan Bersatu.
Katanya perbincangan bersama dalam MN setakat ini positif ke arah mencari penyelesaian supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN) dan MN.
Katanya, perbincangan pengagihan kerusi dalam MN kini sudah mencapai tahap 50 peratus penyelesaian.
Topic Berkaitan
#MN
#PN
#Bersatu
#PRU15
#Jawatankuasa Perundingan Kerusi
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan