awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ulangi gesaan wujudkan peraturan berkaitan dana politik

Bernama
Bernama
09/09/2015
14:40 MYT
Najib ulangi gesaan wujudkan peraturan berkaitan dana politik
NAJIB: Empat tahun dulu saya pernah cadangkan kita cari kaedah yang sesuai tetapi tidak dipersetujui oleh pembangkang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi gesaan supaya undang-undang dan peraturan berkaitan dana politik dapat diwujudkan bagi mengawal penerimaan dana dan sumbangan untuk parti dan tujuan politik.
Perdana Menteri berkata beliau pernah mencadangkan perkara tersebut empat tahun lepas tetapi ia dibantah parti pembangkang, dan kemudian pihak pembangkang menjadikannya isu apabila perkara seperti itu dikaitkan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Majlis Tertinggi (MT) UMNO ambil maklum tidak ada undang-undang yang diguna pakai pada masa ini berkaitan dengan sumbangan politik. Juga tiada keperluan untuk buat pendedahan dari segi undang-undang. MT juga ambil maklum semua parti politik amal sumbangan dan kutipan dana termasuk pembangkang.
"Bersih 4 kutip derma untuk dana dan apabila ditanya sumber mana mereka enggan dedahkan. Bila mereka, mereka tak tuntut untuk ditunaikan tetapi bila sampai kita UMNO, BN macam-macam dibangkitkan.
"Kami tidak boleh ada pilih kasih," kata Najib, yang juga Presiden UMNO, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
"Empat tahun dulu saya pernah cadangkan kita cari kaedah yang sesuai tetapi tidak dipersetujui oleh pembangkang. Pada masa akan datang harap kita dapat buat kaedah bersesuaian supaya dapat mengawal dana dan sumbangan politik," katanya.
Pada 14 Ogos lepas, Najib telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bertanggungjawab merangka pelan pembiayaan politik berintergriti yang komprehensif dan inklusif.
Ditanya mengenai dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah memberi rasuah kepada ketua-ketua UMNO bahagian untuk mendapatkan sokongan, Najib berkata terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
Topic Berkaitan
#BN
#dana politik
#MT
#Najib Razak
#Peraturan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan