awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Aziz sokong penggantungan dua ADUN PAS Selangor

Bernama
Bernama
13/10/2014
08:13 MYT
Nik Aziz sokong penggantungan dua ADUN PAS Selangor
NIK AZIZ: Penggantungan adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyokong penggantungan keahlian dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor dari parti itu atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.
Majlis itu mengambil pendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor semasa berlaku kemelut jawatan itu.
Namun mereka berdua membuat pendirian bercanggah menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.
Nik Abdul Aziz berkata penggantungan itu selama setahun berkuat kuasa semalam terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.
"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini.
Ditanya tentang kemungkinan kedua-dua Adun itu keluar parti ekoran penggantungan itu, bekas menteri besar Kelantan itu berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.
"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah," katanya.
Pengumuman mengenai penggantungan keahlian itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.
"Kedua-dua ADUN itu masih lagi ahli parti dan mereka bukanlah dipecat malah masih menjadi ADUN kita," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Hasnul Baharuddin
#Nik Aziz Nik Mat
#PAS
#Saari Sungib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan