awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nyatakan suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
15/03/2022
15:45 MYT
Nyatakan suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO - Ismail Sabri
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula esok hingga Sabtu ini, menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara.
"Semoga Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat UMNO dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara. UMNO, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air," katanya yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera.
Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka, dijangka dihadiri seramai 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.
Pada Disember lepas, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 15 Jan lepas.
Penangguhan itu adalah susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO
#PAU 2021
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Naib Presiden UMNO
#Suara Akar Umbi
#persidangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan