awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS Permatang Pauh putus hubungan dengan Salleh Man

Bernama
Bernama
16/11/2015
03:30 MYT
PAS Permatang Pauh putus hubungan dengan Salleh Man
PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.
PAS Kawasan Permatang Pauh pada Ahad mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.
"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini hari ini.
Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Dalam kenyataan pada 2 Nov, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 PAS Pulau Pinang, berkata keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Mohd Salleh Man
#Omar Hassan
#PAS
#Permatang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan