awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS serah pada Sultan tentukan siapa MB Selangor

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2014
08:17 MYT
PAS serah pada Sultan tentukan siapa MB Selangor
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali - Gambar Fail
PAS menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali menyatakan pendirian terbaru parti itu dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat di Pejabat Agung PAS di ibu negara.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang sama ada PAS akan mempertahankan pendirian awalnya agar dua calon Menteri Besar dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor petang esok bagi mendapatkan nasihat Baginda tentang kedudukan beliau.
Sebelum ini, PAS mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru bagi menggantikan Abdul Khalid.
Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat PAS, sekali gus menggugurkan sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#Mustafa Ali
#PAS
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan