awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini - Annuar Musa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/03/2022
01:30 MYT
Pelantikan MB Johor dijangka hari ini - Annuar Musa
Annuar berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Johor, pada Selasa.
Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Menteri Besar Johor yang bakal dilantik itu.
Di jangka sebentar lagi,MB Johor akan mengangkat sumpah di Istana Johor.Pengerusi BN sudah pun menamakan satu calun utk di perkenan perlantikan oleh DYMM Sultan Johor. Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas....
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 15, 2022
Sebelum ini, persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya setelah terdapat khabar angin nama lain yang turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.
Antaranya nama bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menang di Machap dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (Rengit).
Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Menteri Besar Johor
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan