awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peletakan jawatan 5 pemimpin, Pemuda Gerakan bermesyuarat Selasa

Haider Yutim
Haider Yutim
03/10/2014
15:09 MYT
Peletakan jawatan 5 pemimpin, Pemuda Gerakan bermesyuarat Selasa
Tan berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi tentang sebab perletakkan jawatan yang berlaku itu. Gambar fail
Pemuda Gerakan hari ini menafikan bahawa lapan daripada pemimpinnya telah meletakkan jawatan seperti yang dilaporlan di media baru-baru ini.
Ketuanya, Tan Keng Liang memaklumkan setakat ini hanya lima surat peletakan jawatan telah diterima oleh Setiausaha Agung sayap itu, William Chang Yoong Hsi.
"Lima, bukan lapan... bukan enam seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama-nama pemimpin sayap tersebut kerana ingin memastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Katanya, Pemuda Gerakan akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu kerana menganggapnya sesuatu yang amat serius.
Menurut Tan, mesyuarat tersebut akan turut membincangkan serta memperbetulkan beberapa dakwaan di media yang dianggapkan tidak benar.
Ditanya tentang apa dakwaan tersebut, Tan enggan mengulas lanjut kerana bimbang ia akan berlanjutan.
"Lagi banyak saya ulas, lebih besar ia akan dipublisitikan... jadi tak perlu saya ulas," katanya, sambil menekankan bahawa isu ini boleh merosakkan imej parti.
Tan yang meluahkan rasa bimbang tentang perkara tersebut, bagaimana tidak mahu membuat spekulasi tentang punca peletakan jawatan itu.
Semalam, akhbar berbahasa Inggeris The Sun melaporkan bahawa lapan pemimpin peringkat kebangsaan Pemuda Gerakan telah meletak jawatan.
Menurut akhbar itu, mereka ialah Naib Ketua Pemuda, Clarence Lee; Bendahari Agung, Adrian Ong Ching Woo; Timbalan Bendahari Agung, Chan Tzun Hei; dua Timbalan Setiausaha Agung iaitu Allan Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi; dua ketua biro, Chong Chee Yen dan Chia Gim Tiong; serta seorang AJK pusat, Ivanpal Grewal Singh.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#lapan
#letak jawatan
#Lima
#pemimpin
#pemuda
#Tan Keng Liang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan