awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang UMNO lonjak reputasi ketika parti serpihan Melayu semakin bercelaru - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2025
14:05 MYT
Peluang UMNO lonjak reputasi ketika parti serpihan Melayu semakin bercelaru - Syed Ali
Syed Ali berkata, dalam kekalutan inilah UMNO harus bangkit memimpin semula, tetapi bukan dengan wajah lama yang mencemarkan perjuangan parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO dilihat mempunyai peluang besar untuk membina semula reputasinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), ketika parti-parti serpihan Melayu kini semakin bercelaru, kata bekas Senator Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Menurut beliau, kesatuan Melayu yang sering dilaung-laungkan sebagai perjuangan demi agama, bangsa dan negara, hakikatnya masih belum kukuh dan kerap kali hanya menjadi retorik menjelang pilihan raya.
"Sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga ikhtibar tragedi 13 Mei 1969, kesatuan Melayu tidak bertahan lama.
"UMNO berpecah selepas tumbangnya Malayan Union, yang menyaksikan golongan ulama keluar parti dan menubuhkan Pas," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, badai politik Melayu berterusan apabila timbul parti-parti serpihan yang lahir atas alasan kononnya demi agama dan bangsa, tetapi akhirnya mengulangi naratif yang sama iaitu retorik dan kitar semula.
Syed Ali berkata, dalam kekalutan inilah UMNO harus bangkit memimpin semula, tetapi bukan dengan wajah lama yang mencemarkan perjuangan parti.
"Memang UMNO tercalar dan terparut dengan tingkah akhlak pemimpinnya bobrok dan menjengkelkan.
"Kerana itulah pemimpin yang dicemuh perlu bermuhasabah untuk berundur," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan keyakinan orang Melayu terhadap perjuangan UMNO perlu dikembalikan semula dengan membaiki dan menyusun tapak di peringkat akar umbi.
Topic Berkaitan
#PRU16
#Reputasi UMNO
#Politik Malaysia
#parti Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan