awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pembangkang akan selamanya kalah jika...' - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2016
09:51 MYT
'Pembangkang akan selamanya kalah jika...' - Tun Mahathir
MAHATHIR: Mereka berpecah sesama sendiri sewaktu di PRN Sarawak.
Tiada kesepakatan antara parti-parti pembangkang memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) di mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
BH Online melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata, perkara itu telah terbukti ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang hanya menang 10 kerusi, di mana DAP memperolehi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PKR hanya mampu menang tiga kerusi.
"Pembangkang tidak boleh menang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah sesama sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.
"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, pagi tadi.
Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Yang turut berangkat ialah Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Mahathir Mohamad
#pembangkang
#perpecahan pembangkang
#pilihan raya
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan