awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji

Bernama
Bernama
03/12/2024
14:45 MYT
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Hajiji mengucapkan tahniah kepada Ewon dan menegaskan kepentingan mengeratkan hubungan antara kedua-dua gabungan parti berkenaan demi kebaikan rakyat Sabah. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Pemilihan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah mengucapkan tahniah kepada Ewon dan menegaskan kepentingan mengeratkan hubungan antara kedua-dua gabungan parti berkenaan demi kebaikan rakyat Sabah.
"Tahniah kepada beliau (dilantik) menjadi Pengerusi (PH Sabah yang baharu). Kita harap hubungan kerjasama dan perpaduan antara parti-parti di Sabah terutama PH dan GRS terus mantap. Sebelum ini pun kita telah bekerjsama dan usaha ini wajar diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 di sini hari ini.
Pada masa sama, Hajiji turut menzahirkan harapan bahawa gabungan parti dalam PH Sabah seperti DAP, PKR, UPKO dan Amanah, bersama-sama parti dalam GRS, akan dapat membentuk sinergi kukuh untuk membantu Sabah ke arah kemajuan.
Pada majlis sama, Hajiji turut melancarkan beberapa inisiatif penting termasuk Rangka Tindakan Transformasi Sosioekonomi Akar Umbi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman 2024-2030, Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan serta aplikasi dan buku ReTrack.
Pada Ahad, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipilih menggalas jawatan Pengerusi PH Sabah yang baharu bagi penggal 2024 hingga 2026 dalam mesyuarat agung parti itu.
Beliau menggantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew yang telah menerajui PH Sabah sejak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Pakatan Harapan
#pelancongan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan