awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan ketua cabang Lembah Pantai

Bernama
Bernama
19/04/2025
22:00 MYT
Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan ketua cabang Lembah Pantai
Fahmi berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang untuk penggal kedua dan akan memegang jawatan itu hingga 2028. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil pada Sabtu menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai pada Pemilihan PKR 2025.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org yang turut berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang untuk penggal kedua dan akan memegang jawatan itu hingga 2028.
Perebutan jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang Lembah Pantai juga dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Abdullah Izhar Mohamed Yusof serta Chan Phooi Lai.
Pada 17 Mac lepas, Fahmi berkata tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan itu sehingga tempoh pencalonan tamat.
Beliau turut mengesahkan bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin mengekalkan jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak tanpa bertanding.
Di PAHANG, seorang lagi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota.
Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabang itu, yang bermula semalam hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
Pemilihan fasa satu, yang berlangsung dari 11 hingga 13 April, pula membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan AMK Pusat parti berkenaan akan diadakan pada 24 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Fahmi Fadzil
#Lembah Pantai
#tanpa bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan