awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Noraini, Asyraf dan Zahida menang jawatan ditandingi

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2018
12:55 MYT
Pemilihan UMNO: Noraini, Asyraf dan Zahida menang jawatan ditandingi
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kanan) bercakap pada sidang media di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto Bernama

Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad diumumkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baharu dalam pemilihan sayap parti itu yang berlangsung semalam.

Manakala Ketua Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing disandang oleh bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan. Naib Ketua Wanita pula ialah Norliza Abdul Rahim, Naib Ketua Pemuda ialah Shahril Hamdan Suffian dan Naib Ketua Puteri pula ialah Nurul Amal Mohd Fauzi.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media di ibu negara sebentar tadi.

Naib Ketua Pemuda: Shahril Hamdan Suffian Naib Ketua Wanita: Datuk Norliza Abdul Rahim Naib Ketua Puteri: Nurul Amal Mohd Fauzi @501Awani #PemilihanUMNO2018
— F.A Awani (@FirdausAzil) June 24, 2018

Dalam sidang media itu, Ab Rauf turut mengumumkan pemenang-pemenang bagi jawatan-jawatan lain dalam ketiga-tiga sayap pergerakan itu. Jawatan Pengerusi Tetap Wanita UMNO dimenangi Saripah Aminahbi Syed Mohd manakala Timbalan Pengerusi disandang Azizah Johor. Bagi Jawatan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO pula, penyandangnya yang baharu ialah Mohd Hafeez Che Mat manakala timbalannya pula ialah Iszuwan Ismail. Jawatan Pengerusi Tetap Puteri UMNO pula ialah Nur Ain A Rahman dan timbalannya ialah Salbiah Saari yang menang tanpa bertanding. Bagi jawatan exco untuk ketiga-tiga pula, pengiraan masih dilakukan di beberapa bahagian dan keputusan penuh akan dipamerkan di laman rasmi media UMNO dalam masa terdekat.

Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#noraini ahmad
#Pemilihan UMNO
#Sayap UMNO
#Zahida Zarik Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan