awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
30/04/2023
07:51 MYT
Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu
Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemimpin Amanah berhak menyuarakan pandangan, namun mereka tetap terikat dengan keputusan parti, dan ini adalah amalan biasa dalam mana-mana organisasi, kata presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata setiap individu bebas untuk menyuarakan pandangan mengikut hak yang diberikan dalam perlembagaan negara.
Katanya dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti, melainkan ia adalah keputusan rasmi parti berkenaan yang diputuskan dalam mesyuarat parti, dan parti Amanah, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH) adalah tertakluk kepada keputusan PH yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.
"Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan Kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ia perlu diutamakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Sehubungan itu katanya semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Seri Paduka Baginda.
Beliau berkata semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan, dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Amanah
#pengampunan Najib
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan