awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan kuasa: Tiada tempoh ditetapkan semasa Konvensyen PH - Saifuddin Nasution

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/07/2019
13:20 MYT
Peralihan kuasa: Tiada tempoh ditetapkan semasa Konvensyen PH - Saifuddin Nasution
SAIFUDDIN NASUTION: Memang tak ada dalam tu semua orang tahu. - Gambar fail/Astro AWANI
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan tiada sebarang tempoh masa ditetapkan berhubung perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, resolusi yang dibuat sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam pada Januari 2018 hanya memuktamadkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.
Katanya, semua anggota Majlis Mesyuarat Presiden masing-masing jelas dan tahu tiada sebarang tempoh ditetapkan malah beliau yakin perkara itu tidak akan berubah memandangkan ia dipersetujui bersama.
"Tun Dr Mahathir jadi PM, Dr Wan Azizah jadi timbalan dan Anwar bakal PM ke-8, dan perjanjian merupakan sepakat janji yang dipersetujui Pakatan Harapan dan dibentang, kemudian dapat resolusi dalam Konvensyen PH.
"Memang tak ada dalam tu semua orang tahu, Datuk Mukhriz tahu, dia anggota Majlis Presiden PH, kami tak pernah ponteng mesyurat... jadi kami tahu.
"Saya tak sensitif apa-apa dan saya tahu maksud Mukhriz, saya orang yang membincangkan... tidak, dalam dokumen itu tak menyebut apa-apa," katanya ketika ditemui pada Sabtu.
BACA: Tiada peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun - Azmin Ali
Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Dr Mahathir berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selaku Presiden PKR.
Persetujuan itu dinyatakan secara ringkas sebagai respons kepada sebuah wawancara melibatkan Menteri Besar Kedah itu bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.
Menurut Mukhriz, persetujuan umum dalam PH adalah Dr Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kuasa.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Konvensyen Pakatan Harapan
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#peralihan kuasa
#Perdana Menteri
#Saifuddin Nasution Ismail
#Setiausaha Agung PKR
#tempoh masa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan