awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan dijangka desak PRN di enam negeri disegerakan - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
10/03/2023
12:14 MYT
Perwakilan dijangka desak PRN di enam negeri disegerakan - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu melibatkan isu pendidikan, kesihatan, ekonomi dan agama. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perwakilan dijangka mendesak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan segera pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2022 yang bermula hari ini.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata walaupun perkara itu tidak berada dalam senarai usul, namun beliau percaya ia akan disentuh ramai pembahas pada perhimpunan tiga hari itu.
"Ia terpulang kepada para pembahas...dalam Bersatu kita tak tentukan apa yang akan diperkatakan, mereka bebas suarakan apa sahaja. Yang penting, mereka dapat menjaga masa agar perhimpunan dapat berlangsung dalam jangka masa ditetapkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Srikandi, di sini, hari ini.
PRN akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu melibatkan isu pendidikan, kesihatan, ekonomi dan agama.
Ahmad Faizal, dalam pada itu, berkata pendakwaan ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mahkamah tidak akan memecahbelahkan parti serta sokongan ahli kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.
Esok akan diadakan Perhimpunan Agung Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Ahad ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PN
#Ahmad Faizal Azumu
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan