awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden PKR tentukan calon Pengerusi PKR Perak - Lee Boon Chye

Bernama
Bernama
24/01/2019
22:37 MYT
Presiden PKR tentukan calon Pengerusi PKR Perak - Lee Boon Chye
DR LEE: Saya tidak menerima arahan atau maklumat berkenaan Pengerusi PKR Negeri Perak, kita akan sokong sesiapa sahaja. - Gambar fail
Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye menyerahkan kepada Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan siapa yang akan memegang jawatan Pengerusi PKR Perak yang baharu.
Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata pelantikan jawatan itu akan mengikut proses parti yang betul dan Anwar akan mengumumkan calonnya apabila tiba masanya.
"Pelantikan Pengerusi PKR Negeri terletak di bawah kuasa presiden parti, kita hanya tunggu pengumuman daripada beliau (Anwar).
"Saya tidak menerima arahan atau maklumat berkenaan Pengerusi PKR Negeri Perak, kita akan sokong sesiapa sahaja (yang menjadi pengerusi negeri)," katanya kepada pemberita selepas jamuan makan tengah hari bersama anak-anak yatim di Tokong Tow Boo Keong di sini, pda Khamis.
Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desas desus yangmengatakan beliau bakal dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri yang baharu.
Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty yang memegang jawatan itu ketika ini telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan dalam Pemilihan PKR negeri Perak, Oktober lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#jawatan
#kesihatan
#Lee Boon Chye
#Parlimen
#Pengerusi PKR Perak
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan