awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Cameron Highlands: DAP dakwa ada campur tangan dalam pembatalan sewa dewan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
18/01/2019
11:56 MYT
PRK Cameron Highlands: DAP dakwa ada campur tangan dalam pembatalan sewa dewan
Chiong menyifatkan pembatalan dewan tersebut sebagai campur tangan politik oleh kerajaan negeri iaitu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN). - Foto Astro AWANI
Pemimpin DAP mendakwa pembatalan penyewaan Dewan Serbaguna JKKK Tringkap Cameron Highlands untuk kegunaan program Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu adalah disebabkan campur tangan politik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong berkata beliau dimaklumkan berkenaan pembatalan tersebut oleh pengurus dewan tersebut yang juga merupakan bekas Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada malam Khamis.

Chiong turut menyifatkan pembatalan dewan tersebut sebagai campur tangan oleh kerajaan negeri iaitu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Saya dimaklumkan dewan ini tidak boleh disewakan kepada pihak kami untuk menganjurkan majlis makan malam pada esok (Sabtu) kerana dewan ini tidak boleh digunakan untuk urusan politik.
“Ini adalah alasan tidak munasabah kerana ini bukan pertama kalinya kita menganjurkan aktiviti parti DAP di sini. Pada 2013, kita pernah menganjurkan majlis makan malam di sini juga. Masa itu, kita adalah parti pembangkang.
“Ahli-ahli JKKK yang lain telah mendakwa bahawa pembatalan penyewaan dewan tersebut adalah kerana mereka menerima tekanan daripada pihak atasan mereka,” kata Chiong dalam sidang media di Tringkap pada Jumaat.
Beliau juga menegaskan bahawa dewan tersebut bukan hak milik peribadi terapi merupakan hak milik orang awam, khususnya orang kampung.
Majlis makan malam yang diadakan untuk menjana dana untuk berkempen tersebut telah dipindahkan ke dewan serbaguna di Kampung Raja.
Ia akan disertai oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kula Segaran.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#DAP
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#politik
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan