awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/02/2019
10:01 MYT
PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi
AYSRAF WAJDI: Pilihan raya kecil itu juga akan dijadikan sebagai penanda aras untuk melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan kerjasama UMNO dan Pas gabungan pembangkang yang efektif. - Gambar fail/BERNAMA
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau, yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, pilihan raya kecil itu juga akan dijadikan sebagai penanda aras untuk melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan kerjasama UMNO dan Pas gabungan pembangkang yang efektif.
Mengulas lanjut, bekas Senator itu menjelaskan, barisan pembangkang tidak begitu mensasarkan kemenangan kerana kalau mereka berjaya merampas kerusi itu, ia tidak memberi kedudukan kepada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dari segi jumlah kerusi.
“Ini peluang kepada rakyat... kalau BN menang sekali pun dia tidak akan beri apa-apa kesan kepada kerajaan, sebaliknya ia wajar dijadikan referendum rakyat terhadap segala 'track record' PH yang walaupun hanya sembilan bulan, tetapi sembilan bulan penuh seksa, rakyat tak dapat apa yang dijanjikan, kos sara hidup makin meningkat, minyak naik, rakyat nanti (harga minyak) RM1.50 tak turun, subsidi pelbagai perkara.
“Isu tol yang paling hebat, sebab rakyat di Semenyih ada tol. Jadi, ini saat paling baik untuk mengingat kembali janji kerajaan PH untuk memansuhkan tol,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan antara UMNO, Pas, Berjasa dan Ikatan, di sini hari ini.
Dalam mesyuarat itu, delegasi Pemuda Pas Pusat diwakili ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, dan ia turut dihadiri Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak, dan ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Shahir Adnan.
Dalam sidang media berkenaan, Muhammad Khalil berkata, pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Barisan Nasional untuk PRK itu.
Beliau berkata, kerjasama strategik politik ini memberikan gambaran bahawa bukan sahaja tak akan ada pertandingan tiga penjuru bagi PRK ini, malah ia akan berterusan sehingga pilihan raya umum seterusnya.
“Kerjasama ini telah kami tunjukkan di Cameron Highlands, dan kami jelmakan di Semenyih. Apa yang penting, ia akan menjadi satu lagi isyarat kepada PH bahawa rakyat sudah hilang keyakinan pada kerajaan PH yang khianati janji dalam manifesto PRU yang lepas,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Berjasa
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Semenyih
#gabungan pembangkang
#katan
#kerajaan Persekutuan
#Ketua Pemuda UMNO
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya kecil
#platform terbaik
#prestasi
#Semenyih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan