awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Seri Setia: Pakatan Harapan kekalkan kerusi menerusi Halimey

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/09/2018
12:50 MYT
PRK Seri Setia: Pakatan Harapan kekalkan kerusi menerusi Halimey
Halimey menang dengan majoriti 4,027 undi. - Gambar fail
Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerusi calonnya Halimey Abu Bakar.
Selepas pengiraan undi selesai, Halimey memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala pesaingnya, calon Pas Dr Halimah Ali mendapat 9,698 undi.
Halimey menang dengan majoriti 4,027 undi.
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain pada jam 9 malam.
Calon PH, Halimey Abu Bakar menang PRK Seri Setia dengan majoriti 4,027 mengalahkan calon Pas, Dr Halimah Ali.@501Awani pic.twitter.com/8ReFXd85BI
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 8, 2018
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.
Mengikut rekod, Pakatan Rakyat berjaya menawan DUN Seri Setia menerusi Nik Nazmi Nik Ahmad selama dua penggal bermula 2008 sebelum Shaharuddin mengekalkan penguasaan pada PRU14.
Topic Berkaitan
#Halimah Ali
#Halimey Abu Bakar
#Pakatan Harapan
#PAS
#politik
#PRK Seri Setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan