awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Kandis: 'Pilih calon PKR demi kesinambungan legasi Shuhaimi'

Bernama
Bernama
23/07/2018
21:06 MYT
PRK Sg Kandis: 'Pilih calon PKR demi kesinambungan legasi Shuhaimi'
NURUL IZZAH: Keperibadian arwah (Mat Shuhaimi) sebagai seorang pemimpin yang disenangi harus diingati. -Gambar fail
Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis diminta menyokong calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 4 Ogos ini, bagi memastikan agenda dan program yang dirancang oleh kerajaan negeri Selangor bagi penduduk setempat dapat dilaksanakan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata legasi keprihatinan bekas wakil rakyat dari PKR, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie dalam membela nasib masyarakat setempat di situ perlu diteruskan.
"Keperibadian arwah (Mat Shuhaimi) sebagai seorang pemimpin yang disenangi harus diingati," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Dialog Pemimpin Bersama Belia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Seksyen 34, di sini malam tadi.
Turut hadir ialah calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bakal menentang Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK itu.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mat Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh majoriti undi 12,480, menewaskan calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dialog Pemimpin Bersama Belia
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#Nurul Izzah
#pilihan raya kecil
#PKR
#PRK Sungai Kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan