awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/05/2024
14:16 MYT
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Kata Sock Tao: “Sayalah wakil rakyat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
HULU SELANGOR: Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
Menurutnya, sepanjang kempen, beliau berada di kawasan itu dan kini, Sock Tao sedang mencari rumah baharu dan akan terus menetap di lokasi berkenaan.
Mengulas mengenai kemenangannya dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Sock Tao menegaskan beliau mahu jadi ‘wakil rakyat untuk semua penduduk KKB’.
“Saya ingin mendengar dan mencari mana masalah yang paling terdesak kepada penduduk tempatan.
“Saya akan cuba bergerak sebagai pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
“Sayalah wakil rakyat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.
“Saya berhasrat untuk mewakili semua penduduk Kuala Kubu Baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.
Dalam pada itu, Sock Tao merakamkan ucapan penghargaan kepada mendiang Lee Kee Hiong yang berdedikasi menjaga kebajikan penduduk Kuala Kubu Baharu sebelum ini.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera daripada Pakatan Harapan dan terutamanya Barisan Nasional.
“Inilah kemenangan buat penduduk, pengundi Kuala Kubu Baharu,” ujarnya.
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.
Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Topic Berkaitan
#PRK KKB
#Pang Sock Tao
#Pakatan Harapan
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan