awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Kandis: Pengundi sudah hilang ghairah - Lokman

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2018
03:22 MYT
PRK Sungai Kandis: Pengundi sudah hilang ghairah - Lokman
Lokman bertanya perkembangan proses mengundi kepada petugas SPR di pusat mengundi SRA Sungai Kandis, pagi ini. -Foto Sinar Harian
Calon BN Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan pengundi di kawasan itu sudah hilang keghairahan mengundi.
Menurutnya, kehadiran pengundi juga sangat perlahan di pusat-pusat mengundi pada waktu pagi.
“Alhamdulillah saya tengok proses pembuangan undi berjalan lancar cuma saya nampak gayanya kehadiran pengundi amat perlahan.
“Ini petanda awal pengundi-pengundi yang dulu ghairah membuang undi nampaknya mereka sudah hilang keghairahan. Mungkin kerana faktor-faktor janji tidak ditunaikan,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis, hari ini.
Beliau yang berkemeja biru tua tiba kira-kira jam 9 pagi sempat beramah mesra dengan pengundi dan melawat saluran mengundi sambil diiringi wakil petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengulas lanjut, Lokman berkata pihaknya sememangnya mengharapkan peratusan keluar mengundi tinggi namun perkembangan pagi ini kelihatan sebaliknya.
“Saya memang mengharapkan peratus keluar mengundi ini tinggi kerana saya yakin ramai yang nak memberikan isyarat jelas kepada PH.
“Cuma nampak gayanya, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Peluang untuk kurang 80 peratus keluar mengundi sangat cerah,” katanya.
Dalam pada itu kata Lokman, setiap undi itu penting dan beliau berharap pengundi akan turun membuang undi di pusat mengundi masing-masing.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Lokman Noor Adam
#N49
#Pilihan
#pilihan raya kecil
#PRK
#sungai kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan