awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: BN belum muktamad parti sekutu guna logo dacing - Ahmad Zahid

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/05/2023
05:07 MYT
PRN: BN belum muktamad parti sekutu guna logo dacing - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN tidak menolak jika ada mana-mana parti bersekutu berhasrat untuk menggunakan logo dacing. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan penggunaan logo dacing dalam kalangan parti sekutu gabungan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN bagaimanapun tidak menolak jika ada mana-mana parti berkenaan berhasrat untuk berbuat demikian.
“Keputusan Dewan Tertinggi BN adalah memutuskan bahawa calon-calon BN akan menggunakan lambang BN (dacing).
“Kita tak menolak jika ada parti lain di dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan jika berhasrat guna lambang BN. (Tetapi) itu belum dimuktamadkan,” katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) Bilangan 1 2023.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan Dewan Tertinggi BN telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo dacing pada PRN nanti.
BN juga jelas beliau sedang mempertimbangkan hasrat parti bersekutu dalam kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo dacing pada PRN.
Tambah Mohamad, parti-parti itu mahu menggunakan logo gabungan itu di beberapa negeri yang dianggap mempunyai kelebihan.
Topic Berkaitan
#PRN
#logo dacing
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan