awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: JAIS siasat laporan Fahmi Fadzil berucap di masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
11:10 MYT
PRN: JAIS siasat laporan Fahmi Fadzil berucap di masjid
Fahmi menerusi Facebooknya menafikan dakwaan bahawa beliau telah berkempen di masjid berkenaan. - Gambar fail
SHAH ALAM : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan menerima aduan berhubung gambar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.
"JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu katanya, JAIS mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid atau surau bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan MAIS," ujar beliau.
Sebelum ini, tular gambar Fahmi di media sosial ketika berucap di ruang solat utama di sebuah masjid di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.
Bagaimanapun Fahmi menerusi Facebooknya menafikan dakwaan bahawa beliau telah berkempen di masjid berkenaan.
Sebaliknya Fahmi memberitahu bahawa beliau singgah di situ untuk menunaikan solat zuhur kerana ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.
Beliau turut memberitahu dijemput oleh kariah masjid bagi mengulas isu kumpulan The 1975 ketika berada di masjid tersebut.
"Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan," ujar Fahmi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#JAIS
#Fahmi Fadzil
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan