awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Integriti, kredibiliti tidak diragui kriteria calon PN - Wan Saiful

Bernama
Bernama
04/02/2022
03:45 MYT
PRN Johor: Integriti, kredibiliti tidak diragui kriteria calon PN - Wan Saiful
Wan Saiful berkata senarai calon masih dalam perbincangan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai. -Gambar fail
KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dipilih berdasarkan integriti dan kredibiliti yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata PN bakal meletakkan calon daripada golongan belia, wanita dan ahli parti gabungan itu yang berpengalaman serta pemimpin dikenali.
"Kami gabungkan dan adunkan calon-calon ini supaya dapat menjadi 'tarikan' kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Sri Lukut, dekat sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata bagaimanapun senarai calon masih dalam perbincangan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai.
"Tentang bilangan calon, kami terima cadangan daripada pemuda, wanita dan bahagian-bahagian PN.
"Semua ini dipertimbangkan dan kami pastikan yang dipilih adalah terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Johor," katanya.
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG PRN JOHOR ADA DI SINI
LAPOR LANGSUNG PRN JOHOR DI SINI
Mengenai persiapan menghadapi PRN Johor, beliau berkata semua jentera PN sudah bersedia untuk bergerak membantu bakal calon dalam berkempen.
PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan pada 9 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Wan Saiful Wan Jan
#Program Jelajah Penerangan Isu Semasa
#integriti dan kredibiliti tidak diragui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan