awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2022
07:20 MYT
PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis
Mohd Azizuddin berpendapat pengalaman melaksanakan PRN di Melaka, Sabah dan Sarawak boleh digunakan dalam melaksanakan pilihanraya ketika kes COVID-19 belum reda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biarpun kes baharu COVID-19 menunjukkan trend peningkatan, namun Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa UUM, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani, SOP yang ketat boleh membantu mengekang penularan COVID-19 ketika tempoh kempen PRN Johor.
Mohd Azizuddin berpendapat pengalaman melaksanakan PRN di Melaka, Sabah dan Sarawak boleh digunakan dalam melaksanakan pilihan raya ketika kes COVID-19 belum reda.
Jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat semula SOP yang diperkenalkan sebelum ini bagi memastikan PRN Johor dapat dilaksanakan dan tidak berlaku peningkatan kes COVID-19.
"Saya rasa pihak SPR perlu melihat balik permohonan tersebut, Kalau kita dilihat di Melaka, lawatan rumah ke rumah tidak dibenarkan.
"Saya rasa lawatan rumah ke rumah boleh dibenarkan tetapi dalam jumlah yang tidak besar. Ceramah-ceramah kelompok juga boleh dibenarkan dengan ada penjarakkan sosial. Jadi saya rasa ini perlu ada kajian teliti dari pihak SPR," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas jangkaan jumlah keluar mengundi pada PRN Johor nanti, Mohd Azizuddin memaklumkan faktor COVID-19 dan pengundi luar yang mungkin tidak pulang mengundi, peratusan keluar mengundi dijangka rendah.
"Kita lihat peratusan keluar mengundi dijangka akan jatuh kali ini atas faktor COVID-19 dan faktor pengundi luar tidak dapat balik mengundi.
"Namun begitu satu yang menarik pada pilihan raya kali ini adanya pengundi baru yang agak besar dengan 750,000 pengundi dan mereka ini pengundi tempatan di kawasan Johor dan mereka akan mengundi.
"Namun dari segi peratusan keluar mengundi dijangka tetap akan jatuh berbanding PRU14 pada 2018," katanya lagi.
Jelasnya, pengundi-pengudi Johor perlu sedar bahawa pilihan raya merupakan salah satu kaedah bagi memlih kerajaan yang disahkan keabsahannya.
PRN Johor bakal diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan satu Pilihan Raya Negeri diadakan.
Topic Berkaitan
#prosedur operasi standard
#SOP
#PRN Johor
#kempen
#SPR
#COVID-19
#Mohd Azizuddin Mohd Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan