awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Tiada keperluan darurat, tangguh pilihan raya - PM

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/02/2022
10:40 MYT
PRN Johor: Tiada keperluan darurat, tangguh pilihan raya - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, lonjakan angka kes jangkitan itu melibatkan seluruh negara dan bukan hanya di Johor sahaja. - Gambar/ Bernama
TANGKAK: Tidak ada sebarang keperluan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak ketika ini, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, lonjakan angka kes jangkitan itu melibatkan seluruh negara dan bukan hanya di Johor sahaja.
“Ada satu sahaja kaedah yang membolehkan PRN ditangguhkan iaitu dengan cara mengumumkan darurat seluruh negeri Johor, itu sahaja.
“(Tetapi) perkara itu tidak akan berlaku kerana sebelum ini ketika di (PRN) Melaka kes COVID-19 juga ada, namun Kementerian Kesihatan (KKM) mahupun saya sendiri berulang kali mengatakan bahawa kita terpaksa hidup dengan COVID-19 ini.
“(Jadi) tidak ada sebab untuk kita isytihar darurat di Johor sebab kes jangkitan COVID-19 yang tinggi meliputi seluruh negara. Jadi kalau darurat itu diisytihar di Johor kita terpaksa umum seluruh negara (juga) dan tentulah rakyat tidak boleh terima,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Ramah Mesra bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang yang diadakan secara tertutup di Dewan Putra, Padang Lerek, di sini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menangguhkan PRN Johor atau membenarkan parti yang bertanding untuk berkempen secara terbuka.
Majlis itu berkata, ia bagi memastikan tiada pihak menjadikan peningkatan kes COVID-19 sebagai alat bagi tujuan politik walaupun kes jangkitan harian menunjukkan trend peningkatan akibat varian Omicron.
Dalam pada itu mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor katanya, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pertimbangan terbaik dengan nasihat KKM.
“Kita dah buat SOP yang ketat di Melaka dan ia dikeluarkan oleh SPR yang mana ia dilakukan selepas mendapat nasihat KKM dan saya percaya SPR akan buat pengumuman dalam masa terdekat,” tambahnya.
Justeru jelasnya, beliau mengharapkan semua pihak mematuhi SOP terbabit.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Johor Memilih
#ismail sabri yaakob
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan