awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Kak Som mahu selesai isu banjir, sampah di Pengkalan Batu

Bernama
Bernama
11/11/2021
04:05 MYT
PRN Melaka: Kak Som mahu selesai isu banjir, sampah di Pengkalan Batu
Kalsom, yang pertama kali bertanding, merupakan calon tertua dalam PRN Melaka. - Foto BERNAMA
MELAKA: Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin jika diberi mandat oleh pengundi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Kalsom atau mahu dikenali sebagai 'Kak Som' berkata aspek lain yang akan diberi perhatian ialah pembangunan fasiliti sukan dan pusat sehenti belia bagi memberi ruang kepada golongan itu untuk turut sama membangunkan Pengkalan Batu.
"Saya juga akan memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat dan menggerakkan agenda pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Pengkalan Batu," katanya dalam ceramah yang disiarkan menerusi laman Facebook BN COMMS di sini.
Kalsom, 68, yang pertama kali bertanding merupakan calon tertua dalam PRN Melaka, yang dipertaruhkan oleh BN dengan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara beliau, Muhamad Danish Zainudin (Pakatan Harapan), Mohd Azrudin Md Idris (Perikatan Nasional), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan Dr Mohd Aluwi Sari (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia) di DUN Pengkalan Batu.
Ketua Wanita UMNO Hang Tuah Jaya itu antara lima calon wanita dipertaruhkan BN bersama Tuminah Kadi yang bertanding di kawasan Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (Rim), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai) dan Leong Hui Ying (Kesidang).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#sampah
#banjir
#Pengkalan Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan