awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/08/2023
10:02 MYT
PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Syed Saddiq berkata, beliau akan mewakili MUDA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sementara PH-BN diwakili Adam Adli (kiri) serta PN diwakili Ahmad Fadhli (kanan) - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempelawa pimpinan tertinggi anak muda mewakili Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan perdebatan mengenai hala tuju anak muda.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan mewakili MUDA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sementara PH-BN diwakili oleh Ketua Pemuda PKR, Adam Adli serta PN diwakili oleh Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari.
Jelas beliau, cabaran debat tersebut sebagai usaha menyahut cadangan mengangkat politik idea dan solusi agar rakyat dapat menilai hala tuju serta tawaran parti masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
"Dalam bab ini saya ingin mencadangkan rakan-rakan media, yang dapat bersama memberikan platform kepada debat berkenaan hala tuju anak muda di antara saya mewakili parti MUDA dan PSM, PH-BN diwakili oleh saudara Adam Adli, dan PN diwakili oleh saudara Fadhli Shaari.
"Kedua-dua mereka merupakan pimpinan tertinggi anak muda blok politik masing-masing," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.
Sebaliknya, tegas Syed Saddiq ia untuk sama-sama menunjukkan bahawa anak muda boleh membawa politik baharu dalam negara.
"Perbahasan idea, cadangan, dan solusi supaya (rakyat) dapat menilai. Menang atau kalah, akhirnya rakyat yang menang kerana kita tahu hala tuju parti gabungan masing-masing.
"Sebab itu saya sebagai Presiden MUDA ingin mencadangkan supaya pimpinan PN dan PH-BN bersetuju dengan cabaran debat ini," ujarnya lagi.
Syed Saddiq menambah pimpinan muda perlu menyahut cabaran menormalisasikan budaya debat, dan tidak membiarkan hanya pimpinan tertinggi seperti Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sahaja yang berbuat demikian.
Astro AWANI dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi penganjur rasmi bagi 'Debat Ekonomi Malaysia' pada 9 Ogos ini antara Rafizi bersama Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.
Topic Berkaitan
#debat
#anak muda
#muda
#Syed Saddiq
#Adam Adli
#ahmad fadjhli shaari
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan