awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses rundingan kerusi Pakatan Harapan selesai akhir bulan ini - Saifuddin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
12/03/2016
06:06 MYT
Proses rundingan kerusi Pakatan Harapan selesai akhir bulan ini - Saifuddin
SAIFUDDIN: Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini. -Gambar fail
Proses rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka selesai akhir bulan ini.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata bilangan pertindihan kerusi antara parti komponen sudah semakin berkurangan.
"Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini," kata Saifuddin.
Namun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertindihan kerusi.
Terdapat 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang perlu diadakan pada tahun ini.
Sehingga kini, masih tiada notis pembubaran DUN Sarawak yang diperlukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#notis pembubaran
#Pakatan Harapan
#pilihan raya negeri
#PRN Sarawak
#rundingan kerusi
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan