awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 80 peratus pengundi Cina akan keluar mengundi - Huayan Policy

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2022
21:05 MYT
PRU15: 80 peratus pengundi Cina akan keluar mengundi - Huayan Policy
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kaji selidik yang dilakukan oleh Huayan Policy Institute dan Centre for Malaysian Chinese Studies yang hanya menumpukan kepada masyarakat Cina menunjukkan 80 peratus akan keluar mengundi dan hanya sembilan peratus tidak akan mengundi.
Tinjauan di Bukit Gelugor mendapati 71 peratus pengundi masyarakat Cina mahu keluar mengundi, 22 peratus belum membuat keputusan dan 14 peratus lagi tidak akan mengundi.
Di Sungai Besar pula, 66 peratus pengundi masyarakat Cina mahu keluar mengundi, 23 peratus tidak akan mengundi manakala 11 peratus lagi masih tidak pasti sama ada akan mengundi atau sebaliknya.
Sebanyak 69 peratus pengundi masyarakat Cina di Ayer Hitam menyatakan mereka akan keluar mengundi, 21 peratus tidak akan mengundi manakala 10 peratus lagi belum memutuskan akan menunaikan tanggungjawab mereka atau tidak.
Kajian secara dalam talian pula mendapati 82 peratus masyarakat Cina akan keluar mengundi, 10 peratus belum pasti akan mengundi atau tidak dan lapan peratus lagi menyatakan mereka tidak akan mengundi.
Kaji selidik yang dilakukan juga mendapati pengundi masyarakat Cina yang menyokong Pakatan Harapan merupakan jumlah paling besar akan keluar mengundi, diikuti penyokong Muda dan Barisan Nasional, sementara penyokong Perikatan Nasional merupakan yang paling rendah.
Sebanyak 56.5 peratus responden dari masyarakat Cina juga memaklumkan mereka tidak akan memecahkan undi pada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
Hanya 13.5 peratus yang mengatakan bahawa mereka akan memecahkan undi DUN dan Parlimen manakala 29.86 peratus lagi masih tidak pasti sama ada mahu memecahkan undi atau sebaliknya.
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.
Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Kaji selidij yang dilakukan Huayan Policy Institute berhubung sikap pengundi
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.
Topic Berkaitan
#PRU15
#kaji selidik
#Huayan Policy Institute
#pengundi Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan