awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ahli, jawatan Mohd Zulkifli gugur secara automatik

Bernama
Bernama
05/11/2022
13:30 MYT
PRU15: Ahli, jawatan Mohd Zulkifli gugur secara automatik
Keahlian dan jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gugur secara automatik. - Gambar/Bersatu.org
KOTA BHARU: Keahlian dan jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gugur secara automatik.
Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor yang memaklumkan keputusan Mohd Zulkifli itu adalah tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan pimpinan parti.
"Saya berasa terkejut dengan tindakan Mohd Zulkifli kerana sebelum ini beliau ada menyuarakan keinginannya untuk bertanding di kawasan itu (Parlimen Bachok) tetapi saya ingat cuma seloroh atau gurauan sahaja.
"Nak buat macam mana... dia pun dah bertanding atas tiket Bebas. Jadi saya pun dah maklumkan kepada pucuk pimpinan tertinggi mengenai keputusannya itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Zulkifli tampil membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok.
Mohd Zulkifli akan bertanding dengan empat calon lain iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman (PAS), Nor Azmiza Mamat (PH-PKR), Kamarul Azam Osman (GTA-Putra) dan Datuk Mohd Zain Yasim (BN-UMNO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU15
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan