awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ahmad Zahid lantik Isham Jalil Ketua Penerangan UMNO ganti Shahril

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/11/2022
07:45 MYT
PRU15: Ahmad Zahid lantik Isham Jalil Ketua Penerangan UMNO ganti Shahril
Isham Jalil dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau percaya UMNO perlu perlu membuat pembaharuan dalaman kepada parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Shahril Hamdan berkuatkuasa, hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di laman media sosial Twitter.
"Saya ingin sahkan bahawa menurut Fasal 9.6 Perlembagaan UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melantik Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO berkuatkuasa hari ini.
"Ini berikutan peletakan jawatan Shahril Hamdan pada hari ini. Terima kasih atas khidmat yang telah diberi saudara Shahril," katanya.
Pada Ahad, Shahril Hamdan mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan UMNO dan mendesak Ahmad Zahid berundur secara terhormat susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
Sementara itu, Isham Jalil dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau percaya UMNO perlu perlu membuat pembaharuan dalaman kepada parti.
Beliau turut berikar untuk tidak lari daripada perjuangan dan berkorban untuk parti.
"Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa.
"Tanggungjawab ini adalah berat lebih-lebih lagi dikala kita berada dalam kekalahan dan kesempitan ini.
"Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa. Doakan saya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ahmad Zahid Hamidi
#Isham Jalil
#Shahril Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan