awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: B40, M40, 'gated community', semua saya akan jaga - Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/11/2022
10:15 MYT
PRU15: B40, M40, 'gated community', semua saya akan jaga - Khairy
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin beramah mesra bersama pengundi Sungai Buloh ketika hadir program Sepetang Bersama Pemimpin: Masyarakat Sungai Buloh bersama KJ dan DSH20. - Foto BERNAMA
SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional bagi P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin menegaskan manifesto yang beliau bentangkan – #KataJanjiSungaiBuloh – akan menyentuh kesemua lapisan masyarakat di kawasan itu.
Bercakap dalam satu sesi ceramah kelompok di Bandar Baru Sungai Buloh awal hari ini, beliau berkata, manifesto itu dirangka untuk memastikan kesejahteraan golongan B40, M40, serta kawasan ‘gated community’.
Selain itu, Khairy berkata, beliau juga tidak terlepas pandang untuk melihat permasalahan dalam aspek pendidikan, perumahan, serta ekonomi untuk penduduk Sungai Buloh.
“Ada yang berkata, hanya tahu janji macam-macam, tetapi saya tidak janji kosong. Tanya Datuk Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein), kami antara dua menteri dalam satu kumpulan kuartet. (Perdana Menteri) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengamanahkan kepada kami untuk cuba keluar dari pandemik.
“Sebagaimana saya (dan rakan-rakan dalam kuartet) bekerja keras untuk kita dapat keluar dari pandemik COVID-19 ini, seperti itu juga saya akan deliver untuk penduduk Sungai Buloh,” katanya sewaktu berucap di program Sepetang Bersama Pemimpin, Masyarakat Sungai Buloh bersama KJ dan DSH20 di sini hari ini.
Pada 11 Nov lepas, Khairy membentangkan manifestonya untuk Parlimen Sungai Buloh, yang terdiri daripada empat teras - Sejahtera Sungai Buloh, Digital Sungai Buloh, Sihat Sungai Buloh dan Lestari Sungai Buloh.
BACA: PRU15: "Kita jaga Sungai Buloh, kita jaya Malaysia" - Ini janji KJ kepada pengundi
#KataJanjiSungaiBuloh ini merupakan tekad dan komitmen saya kepada pengundi Sungai Buloh sekiranya diberi peluang sebagai Ahli Parlimen. Muat turun - BM: https://t.co/EDh962tCb3 ENG: https://t.co/eMvIUxrcft#KitaJagaSungaiBuloh#KJ4SB pic.twitter.com/ojO0cjqHTL
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 11, 2022
Sementara itu, calon Pakatan Harapan Datuk R Ramanan melalui manifesto yang dibentangkannya pada Sabtu turut menyentuh inisiatif meringankan kos sara hidup, menyelesaikan masalah pengangguran, serta prasarana yang mencukupi untuk pembangunan anak muda.
Jika pengundi di Sungai Buloh ingin pilih bakal Perdana Menteri, KJ mungkin jadi PM dalam 10 tahun lagi, tapi bila undi saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai PM dalam masa 10 hari. #AnwarPM10 #DSAIPM10#PayaJaras #P107#Harapan#KitaBoleh#SungaiBulohP107 pic.twitter.com/gPwyaivyOH
— Ramanan Ramakrishnan_DR (@datoramanan) November 13, 2022
BACA: PRU15: Ramanan tumpu kos sara hidup, penyelesaian prasarana untuk manifesto Sungai Buloh
Dalam pada itu, Khairy mengingatkan kembali penduduk Sungai Buloh, ini mungkin satu-satunya peluang keemasan untuk mereka mendapat khidmat yang lebih baik, termasuk semak dan imbang, memandangkan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Paya Jaras dan Kota Damansara), sehinggalah ke Ahli-ahli Majlis semuanya orang Pakatan Harapan (PH).
“Saya minta jangan sia-siakan peluang ini. Selama ini Kerajaan Negeri di bawah PH. Sungai (di sini) selalu banjir, dan mereka tuding jari kepada Kerajaan Negeri, ADUN dan Ahli-ahli Majlis.
“Sebab itu kita mesti pilih Ahli Parlimen yang boleh lawan untuk anda semua. Saya sendiri akan lawan untuk (kesejahteraan) orang Sungai Buloh. Seperti mana saya berjuang untuk Malaysia keluar dari pandemik, please let me fight for you,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#calon BN Parlimen Sungai Buloh
#Khairy Jamaluddin
#manifesto KataJanjiSungaiBuloh
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan