awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hari mengundi disyor Sabtu, elak operasi sekolah terjejas - Radzi

Bernama
Bernama
13/10/2022
09:53 MYT
PRU15: Hari mengundi disyor Sabtu, elak operasi sekolah terjejas - Radzi
Radzi berkata, pelaksanaan hari mengundi pada Sabtu akan memudahkan persiapan semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disyor diadakan pada Sabtu supaya pengoperasian sekolah tidak terjejas, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata pelaksanaan hari mengundi pada Sabtu akan memudahkan persiapan semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Secara umumnya kita lihat (hari mengundi) pilihan raya dibuat pada hari minggu, kita harap begitulah pada kali ini supaya tidak jejaskan operasi sekolah.
"(Jika) buat hari Sabtu ia akan memudahkan kerana kalau hari Ahad lain pula kerana ada negeri-negeri yang bersekolah pada Ahad," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Ketiga Putrajaya-Genting Highlands di sini hari ini.
Radzi berkata demikian bagi mengulas pengoperasian sekolah sekiranya tarikh mengundi PRU15 ditetapkan pada hari persekolahan.
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada Rabu.
Katanya, pihaknya juga akan berbincang dengan SPR mengenai penggunaan sekolah untuk PRU15 dan berharap suruhanjaya itu mengambil maklum perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#parlimen bubar
#hari mengundi
#Sabtu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan