awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas beri jaminan tidak laksana dasar menekan, hormat semua kaum - Takiyuddin

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2022
12:42 MYT
PRU15: Pas beri jaminan tidak laksana dasar menekan, hormat semua kaum - Takiyuddin
Takiyuddin berkata Pas sentiasa menghormati kepelbagaian dan kemajmukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, adat resam dan agama. - Gambar/ Pas
KUALA LUMPUR: Pas memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah yang menekan mana-mana pihak khususnya di Sabah dan Sarawak sekiranya ia menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan baharu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Pas memberi jaminan akan terus mengamalkan konsep musyawarah dan perbincangan dengan semua rakan-rakan kongsi dalam kerajaan meskipun mempunyai jumlah kerusi terbesar di kalangan parti-parti yang akan membentuk kerajaan Persekutuan kelak," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Takiyuddin berkata Pas sentiasa menghormati kepelbagaian dan kemajmukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam dan agama, serta mengakui hak dan kebebasan mereka mengamalkan cara hidup masing-masing berdasarkan jaminan Perlembagaan Persekutuan.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Parlimen tergantung, rundingan bentuk kerajaan bermula
"Pas telah membuktikan perkara ini setelah menunjukkan keterbukaan termasuk menjamin hak rakyat pelbagai kaum dan agama dalam pemerintahan yang diterajui oleh Pas di Kelantan lebih dari 30 tahun.
"Justeru itu Pas menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Pas akan menggunakan kedudukan yang lebih dalam kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang menekan mana-mana pihak, apatah lagi di negeri-negeri Sarawak dan Sabah yang rakyatnya menjalani penghidupan yang harmoni mengikut adat resam dan agama masing-masing.
"Malahan Pas amat tegas dalam mematuhi prinsip Islam iaitu ‘tiada paksaan dalam beragama’ dengan mana tidak boleh dipaksa seseorang bukan Islam untuk menganut Islam melainkan atas kerelaan dan kefahaman mereka sendiri," katanya.
Takiyuddin menjelaskan, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kelayakan termasuk sebilangan besarnya para profesional dalam pelbagai bidang.
Katanya, Ahli-ahli Parlimen Pas akan menunaikan tanggungjawab secara profesional juga apabila diberikan kedudukan dan peranan di dalam kerajaan dan agensinya.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#PAS
#Perikatan Nasional
#hormat
#pelbagai kaum
#Sabah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan