awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pengerusi Amanah Kedah dipecat

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/10/2022
06:26 MYT
PRU15: Pengerusi Amanah Kedah dipecat
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta.
ALOR SETAR: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Amanah yang bermesyuarat hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan-keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.
Menerusi Setiausaha Agung Amanah, Datuk Hatta Ramli, keputusan memecat Phahrolrazi dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Perlembagaan Parti.
Sehubungan itu, jelas Hatta, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Ismail Salleh akan menjalankan tugas-tugas Phahrolrazi berkuatkuasa serta-merta.
Sementara itu, Phahrolrazi ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 5.30 petang ini bagi mengulas keputusan pucuk pimpinan Amanah memecatnya.
Beliau juga akan menjelaskan mengenai tindakan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan calon daripada DAP di kerusi Parlimen Jerai.
Terdahulu, kelibat Phahrolrazi tidak kelihatan pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan di Padang Awam, Bandar Laguna Merbok semalam.
'Kehilangan' pemimpin berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan keputusan PH untuk meletakkan calon daripada parti DAP di kerusi Parlimen Jerai berbanding calon daripada parti Amanah.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Pengerusi Amanah Kedah
#Phahrolrazi Mohd Zawawi
#Phahrolrazi Mohd Zawawi dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan