awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pertandingan 5 penjuru di DUN Pulau Tawar, calon Bebas lawan 'bos' sendiri

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
05/11/2022
12:02 MYT
PRU15: Pertandingan 5 penjuru di DUN Pulau Tawar, calon Bebas lawan 'bos' sendiri
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar meriah dengan pertandingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta turut menyaksikan calon Bebas bertemu bosnya di kerusi itu. - Astro AWANI
JERANTUT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar ‘meriah’ dengan pertandingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta turut menyaksikan calon Bebas bertemu ‘bosnya’ di kerusi itu.
Calon berkenaan, yang merupakan pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ridzuan Mansor akan bertembung dengan penyandang kerusi tersebut, Datuk Nazri Ngah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Proses penamaan calon DUN Pulau Tawar pertembungan antara Nazri Ngah dari Barisan Nasional (UMNO); Yohanis Ahmad dari Perikatan Nasional (Pas); Norani Mohd @ Mohd Arshad dari Pakatan Harapan (Amanah); Mohd Rosidi Hassan dari Gerakan Tanah Air (Pejuang) dan Ridzuan Mansor (Bebas).
Pemerhati politik tempatan melihat dari sudut positif pertembungan tiga calon DUN Pulau Tawar, Nazri, Yohanis dan Ridzuan yang mempunyai kelebihan masing-masing dan dikenali penduduk tempatan.
Manakala calon Parlimen Jerantut (P081) menyaksikan ‘orang’ baharu yang bertanding atas tiket UMNO-BN diwakili Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar - Barisan Nasional (UMNO), Senator Ir Ts Haji Khairil Nizam Khairudin - PN (Pas) dan Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan - PH (PKR).
Di DUN Damak pula, UMNO-BN turut mempertaruhkan muka baharu iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Muhamad Fasal Jamlus menentang penyandang kerusi itu, Zuridan Daud - PN (Pas) serta Mohd Rafly Mohd Satar - PH (PKR) dan Izudin Ismail (Bebas).
Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, yang merupakan muka baharu, Faezah Ishak - BN (UMNO) pula berdepan penyandang DUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin - PN (PAS) dan Mohd Abd Talib Mohd Tahar - PH (Amanah) di kawasan DUN Tahan.
Proses penamaan calon telah diadakan di Pejabat Daerah Jerantut, dihadiri ramai penyokong dalam suasana aman, hari ini.
Topic Berkaitan
#kerusi DUN Pulau Tawar
#PRU15
#calon Bebas
#pertandingan lima penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan