awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PH dijangka umum hasil rundingan agihan kerusi dalam sebulan dua

Bernama
Bernama
07/09/2022
09:57 MYT
PRU15: PH dijangka umum hasil rundingan agihan kerusi dalam sebulan dua
Pengarah Komunikasi PH, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, rundingan itu termasuklah menentukan parti mana yang akan bertanding di kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU14. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengumumkan hasil rundingan agihan kerusi yang akan ditandingi gabungan politik itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam sebulan atau dua bulan lagi.
Pengarah Komunikasi PH, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, rundingan itu termasuklah menentukan parti mana yang akan bertanding di kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU14.
Bersatu sebelum ini adalah sebahagian daripada PH dan pada 24 Feb 2020, parti itu mengumumkan keluar daripada gabungan itu.
"Selepas itu terpulang kepada parti masing-masing untuk mengumumkan calon," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
PH kini dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Sementara itu, Ahmad Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, Majlis Presiden PH juga setakat ini belum membincangkan mengenai kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diterajui Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq pada Isnin lepas dilapor berkata MUDA bersedia untuk bekerjasama dengan PH pada PRU15 akan datang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Pakatan Harapan
#agihan kerusi
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan