awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/11/2022
09:10 MYT
PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Seramai 6,051 pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu, 12 kertas siasatan serta satu Kertas Inkuiri Polis (KEP) telah dibuka antaranya membabitkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (ASKMM) 1998.
“Daripada 12 kes yang kita siasat itu, tiga telah dituduh di mahkamah di mana yang pertama melibatkan seorang anggota geng kongsi gelap,” katanya selepas mengundi di Dewan Mutiara Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.
Mengulas pengundian awal di negeri itu, Shuhaily berkata, seramai 6,051 pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
"Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 33 saluran telah dibuka di seluruh negeri ini.
“Kami juga telah menggerakkan seramai 187 orang pegawai dan anggota bagi penugasan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menyelaraskan proses pengundian hari ini," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos
SEMAK SENARAI CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Dalam pada itu Shuhaily berkata, sebanyak 986 permit ceramah telah dikeluarkan sepanjang tempoh kempen ini.
“Daripada jumlah itu, 360 acara ceramah telah dijalankan, iaitu satu pertiga daripada jumlah yang dipohon dan mungkin dalam minggu yang terakhir ini kita akan menerima lebih banyak permohonan permit ceramah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#polis pulau pinang
#pengundian awal
#kongsi gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan