awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Sasaran Mahfuz sapu bersih kerusi Parlimen Kedah tidak rasional - Mahdzir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/10/2022
06:29 MYT
PRU15: Sasaran Mahfuz sapu bersih kerusi Parlimen Kedah tidak rasional - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima di Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia ke-13 KEMAS, di Raia Hotel, Alor Setar, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan sasaran yang diletakkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar untuk gabungan berkenaan menyapu bersih kesemua Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai satu 'tembakan' sahaja.
Menurut Mahdzir, sebagai seorang yang mengenali Mahfuz secara peribadi, sasaran yang diletakkan pemimpin dari Parti Amanah Negara (Amanah) itu dilihat sebagai tidak munasabah dan rasional.
"Saya ingat apa yang saya hendak fikirkan (sasaran kerusi Parlimen) itu mestilah reasonable, kita (Barisan Nasional) bercakap (mengenai) benda yang di dalam sasaran (dan boleh dicapai), jadi saya tidak fikir yang dia cakap itu (akan menjadi kenyataan).
"Dia boleh tembaklah, Datuk Mahfuz (ini), saya pun kenal dia secara peribadi (sudah lama), memang cakap macam itu, sebab itu saya kata mujur dia kata 15, kalau (di Kedah) ada 16 (Parlimen), dia akan kata (sasaran mereka) 16 (kerusi), jadi biarlah dia berkata macam itu," kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia ke-13 KEMAS, di Raia Hotel, di sini, pada Khamis.
Semalam, PH Kedah menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen di negeri Kedah pada PRU15, 19 November depan.
Keyakinan itu disuarakan Mahfuz berdasarkan momentum sokongan rakyat ketika ini terhadap selain kemenangan dua pertiga gabungan berkenaan di negeri Jelapang Padi itu dalam pilihan raya lepas.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) juga menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri Kedah untuk dimenangi pada PRU15.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu diyakini mampu dicapai berdasarkan sokongan rakyat kepada BN ketika ini selain kedudukan Kedah sebagai 'swing-state' yang sentiasa mempunyai kerajaan dari gabungan parti yang berbeza.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Mahfuz Omar
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan