awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tahap siap siaga jentera BN memuaskan - Mohamad

Bernama
Bernama
21/08/2022
09:13 MYT
PRU15: Tahap siap siaga jentera BN memuaskan - Mohamad
Mohamad berkata, kesemua 10 negeri yang dilawatinya mencatatkan skor melebihi lima daripada 10 markah. - Gambar fail
MELAKA: Kesiapsiagaan jentera pilihan raya Barisan Nasional(BN) di kebanyakan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berada pada tahap memuaskan, menurut Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata kesemua 10 negeri yang dilawatinya mencatatkan skor melebihi lima daripada 10 markah dan ini memberikan petunjuk positif kesediaan mereka untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.
"Saya lihat tahap kesiapsiagaan mereka bagus tetapi ada juga negeri yang perlu memperkemaskan jentera mereka khususnya dalam menghadapi jumlah pengundi baharu yang begitu ramai setelah didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Setakat ini, tiada negeri prestasinya di bawah markah lima dan negeri-negeri yang mengalami kekangan jentera," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Jentera Pilihan Raya BN Negeri Melaka di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Rauf Yusoh.
Mengulas persiapan jentera BN di Melaka, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata negeri itu mencatat markah lapan daripada 10, satu pencapaian baik dan ini mungkin menurutnya ekoran negeri itu baharu selesai menghadapi Pilihan Raya Negeri dan masih mempunyai jentera yang mantap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Mohamad Hasan
#persediaan BN
#BN sedia hadapi PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan