awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Warisan tekad 'reset' cara pentadbiran Sabah

Alexion Mairin
Alexion Mairin
12/10/2022
08:20 MYT
PRU15: Warisan tekad 'reset' cara pentadbiran Sabah
Selain itu, Shafie memaklumkan Warisan berkemungkinan besar menampilkan muka baharu dan lama dalam memastikan kemenangan buat parti itu pada PRU15.
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mahu 'reset' cara pentadbiran di peringkat negeri yang dilihat menerima tekanan daripada parti-parti dari Semenanjung.
Sambil mengambil contoh Sarawak yang ditadbir parti tempatan, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya melihat kerjasama dengan parti tempatan Sabah dapat merealisasikan perkara itu.
Malah, Warisan katanya akan bertanding di 25 kawasan Parlimen di Sabah dan Satu di Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Tujuan kita untuk bertanding di 25 kawasan (kerana) kita mahu reset Sabah... reset cara pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri. Kita dengar suara-suara pihak tertentu (rakyat) dengan parti-parti tertentu (parti tempatan) yang kita tahu.
"Dulu kita sudah sebutkan pandangan kita mahu bekerjasama dengan parti tempatan... saya tidak mahu ulang nama parti itu.
"Reset ini penting supaya keadaan politiknya tidak terbantut setiap kali menerima tekanan-tekanan... mengenai logo seperti apa yang kebiasaannya berlaku di Semenanjung," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu pada Rabu.
Selain itu, Shafie memaklumkan Warisan berkemungkinan besar menampilkan muka baharu dan lama dalam memastikan kemenangan buat parti itu pada PRU15.
Tambahnya, penampilan calon muka baharu adalah sesuai dengan usaha Warisan untuk meremajakan parti.
"Saya akan mengumumkan nanti mengenai peratusan calon-calon... memang ada orang muda kerana ini adalah pendekatan kita untuk memastikan supaya ada gabungan antara orang muda dan lama," katanya.
Topic Berkaitan
#Warisan
#Shafie Apdal
#PRU15
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan