awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali

Bernama
Bernama
09/05/2019
23:45 MYT
Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali
Ibrahim pada sidang media sempena mengumumkan kelulusan pendaftaran Putra oleh RoS di Kuala Lumpur pada Khamis, 9 Mei, 2019. Astro AWANI
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bercadang memberikan fokus di negeri Selangor dan Perak dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata presiden penajanya Datuk Dr Ibrahim Ali.
Ibrahim, yang juga bekas Anggota Parlimen Pasir Mas berkata kedua-dua kawasan berkenaan dikategorikan sebagai 'kawasan kritikal' berikutan parti bukan Melayu dilihat lebih banyak mendominasi pemerintahan negeri.
"Kita berhasrat untuk memenangi PRU15, justeru bagi pemilihan anggota parti, kita akan tentukan beberapa kriteria penting yang perlu ada pada setiap anggota parti. Dari segi komitmen perjuangan Putra adalah kita ingin mendaulatkan Islam serta menjaga kedudukan kaum bumiputera.
"Perjuangan kita berteraskan mendukung asas perlembagaan negara serta meletakkan agama, bangsa dan negara sebagai asas tunjang," katanya pada sidang media sempena mengumumkan kelulusan pendaftaran parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) di sini pada Khamis.
Pada 15 Mac lepas, Ibrahim memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan RoS yang tidak menjawab permohonan pendaftaran Putra.
Beliau mengemukakan permohonan kebenaran itu menurut Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan dalam permohonan itu, Ibrahim memohon perintah mandamus supaya responden meluluskan permohonan pendaftaran parti tersebut yang telah dikemukakan pada Ogos 2018.
BACA: Saya cuma 'katak plastik' - Ibrahim Ali
Surat kelulusan pendaftaran Putra yang diluluskan pada Rabu, kemudiannya ditandatangani oleh Ketua Pengarah RoS Masyati Abang Ibrahim mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
Penubuhan parti yang menggunakan lambang 'tanjak' itu juga berikutan permintaan daripada pelbagai pihak yang kurang senang dengan situasi politik sekarang.
Putra akan mengadakan mesyuarat agung pertamanya tidak lama lagi bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa serta penubuhan cawangan parti di setiap negeri seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#bukan Melayu
#Bumiputera
#Bumiputera Perkasa Malaysia
#Ibrahim Ali
#kawasan kritikal
#lambang tanjak
#Masyati Abang Ibrahim
#mendaulatkan Islam
#pendaftaran parti
#Perak
#Perlembagaan
#PRU15
#PUTRA
#ros
#Selangor
#semakan kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan