awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sarawak keluar mengundi hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2016
22:58 MYT
Rakyat Sarawak keluar mengundi hari ini
Pusat-pusat mengundi ini akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang.
Setelah berkempen selama 12 hari, lebih 1.13 juta rakyat Sarawak akan keluar mengundi mengundi hari ini pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) bagi memilih 80 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Sebanyak 1,754 pusat dan 2,789 saluran mengundi akan dibuka sebentar lagi.
Pusat-pusat mengundi ini akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang.
Bagaimanapun beberapa pusat akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi susulan lokasi dan jumlah pengundi.
PRN Sarawak diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas,.
Ia menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun baharu berikutan persempadanan semula kawasan, menjadikan jumlah kerusi bertambah kepada 82 daripada 71, sebelum ini.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, dua calon Barisan Nasional memperolehi kemenangan awal di dua kerusi DUN - Bukit Kota dan Bukit Sari.
Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam PRN Sarawak kali ini.
Pada 3 Mei lepas, 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal.
Pada PRN 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#BN
#PBB
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan