awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rina pertahan jawatan Ketua Srikandi Bersatu

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
16/08/2020
14:35 MYT
Rina pertahan jawatan Ketua Srikandi Bersatu
Rina mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Bersatu bagi penggal 2019-2022 selepas disahkan menang tanpa bertanding. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Rina Mohd Harun mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2022 dalam pemilihan sayap parti itu, hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menang tanpa bertanding, difahamkan selepas tiga pencabarnya hilang kelayakan berikutan keahlian parti mereka digugurkan.
Rina sebelum ini dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak; Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail dan Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.
Sementara itu, bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Naib Ketua Srikandi Bersatu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, jawatan kuasa srikandi
Kenyataan media keputusan pemilihan sayap Srikandi Bersatu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan pada Ahad malam, mengesahkan keputusan pemilihan berkenaan.
Kenyataan media keputusan pemilihan sayap Srikandi Bersatu.
Kenyataan media keputusan pemilihan sayap Srikandi Bersatu.
Syed Hamid berkata, seramai 11,609 perwakilan mengundi semasa persidangan bahagian-bahagian Srikandi.
"Daripada 168 bahagian Srikandi yang layak bersidang, 165 bahagian berjaya mengadakan persidangan manakala tiga bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum mencukupi," katanya.
Selain itu, berikut adalah keputusan penuh pemilihan Srikandi:
Pengerusi Tetap: Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir Timbalan Pengerusi Tetap: Ruhaya Mohamed Yusof Ketua Srikandi: Datuk Seri Rina Mohd Harun Naib Ketua Srikandi: Mas Ermiyati Samsudin
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Ketua Srikandi Bersatu
#Mas Ermieyati Samsudin
#menteri
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pemilihan
#Pemilihan Bersatu
#PPBM
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan