awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam ini

Bernama
Bernama
07/12/2020
06:23 MYT
Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam ini
Saarani yang merupakan ADUN Kota Tampan dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Gambar fail
IPOH:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad antara yang akan hadir ke mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini.
Datuk Saarani Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama.
Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan baharu Perak.
Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan ADUN Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jumaat lepas, pada persidangan DUN Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya dan secara rasminya telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak, semalam.
UMNO merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak iaitu 25 diikuti, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Semalam, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan melakukan penjajaran politik baharu dengan Pakatan Harapan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional sedia ada tidak dapat dikekalkan.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Rakyat (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi turut dilaporkan berkata bahawa gabungan antara UMNO dengan parti mereka, adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Malah, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilapor mengesahkan bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini.
Saarani bagaimanapun enggan mengulas mengenai perjumpaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#UMNO
#majlis terrtinggi umno
#Politik Malaysia
#Perak
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan