awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak pernah kata orang Sabah dan Sarawak malas - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/04/2018
06:16 MYT
Saya tak pernah kata orang Sabah dan Sarawak malas - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap dalam rakaman 'Policy Talk' di laman Facebooknya hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan mengatakan beliau menyifatkan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai malas.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, isu berkenaan hanya dimanipulasikan sesetengah pihak.
"Rakyat di Sabah dan Sarawak sudah sama seperti rakyat di Semenanjung, tiada perbezaan. Saya tidak pernah kata orang Sabah dan Sarawak ini malas.
"Saya bukan bodoh semacam itu kerana Pakatan Harapan ingin mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak. Memanggil orang Sabah dan Sarawak malas bukanlah satu cara untuk menarik sokongan.
"Ini dakwaan yang dibuat (media arus perdana) bahawa orang Sabah Sarawak ini malas, tidak Pakatan Harapan," katanya melalui rakaman "Policy Talk" yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.
BACA: Buang undi hari Rabu susahkan mereka yang bekerja - Tun Mahathir
BACA: Adakah Tun M liabiliti atau aset PH?
BACA: Mungkinkah Mahathir akan ambil alih PKR untuk sekat kemaraan Anwar?
Pakatan Harapan katanya yakin lebih ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang berminat dalam industri gas dan petroleum berbanding orang Semenanjung.
"Di Semenanjung kadang-kadang kita terpaksa menggunakan pekerja asing untuk menjalankan kerja-kerja berat dan sebagainya. Namun, di Sabah dan Sarawak mereka menggunakan jentera berat sendiri dan mereka cekap sehingga dihantar ke luar negara," tambahnya.
Justeru beliau yakin, pendapatan penduduk di Sabah dan Sarawak akan meningkat jika mereka terus diberi peluang dan ruang dalam sektor pekerjaan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#menteri
#Pakatan Harapan
#pekerja asing
#Perdana Menteri
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan